2019年2月23日星期六

CARA MENYAMBUT BULAN KEMERDEKAAN




SUBJEK : NILAI MASYARAKAT MALAYSIA                   
Nama ahli kumpulan
1. FOONG KAR PENG 15DRM18F1001
2. LEONG WEI KEI       15DPR18F1035
3. AMNESHWARY MURALIDHARAN 15DRM18F1016
4. PUVISHA A/P  MURUGAN              15DRM17F2034
5. SHARMILA A/P M GUNASEKARAN 15DRM17F2035
6. SANGEETHA A/P SUBBARAO           15DRM17F2010
7. RUPENRAJ A/L ANTHONYSAMY     15DRM18F1035
8. DHEVASUJENDIRAN A/L KALITHASAN 15DRM18F1034

          BLOG: BULAN KEMERDEKAAN
    Tidak dinafikan bahawa Hari Kebangsaan di Malaysia disambut pada tanggal 31 Ogos setiap tahun. Sambutan ini bertujuan untuk memperingati tokoh kemerdekaan Malaysia serta menanam sikap cinta akan negara dalam sanubari generasi kini. Namun , golongan remaja hari ini seakan-akan luntur semangat patriotisme mereka. Oleh itu , sambutan Hari Kebangsaan telah dilaksanakan di sekolah dan ibu bapa turut berperanan mendidik anak untuk menghargai tokoh negara sejak kecil seperti melentur buluh biarlah dari rebungnya. Tun Dr Mahathir ada mengungkapkan bahawa tidak ada manusia di dunia ini yang tidak mencintai negaranya sendiri. Tegasnya , pihak sekolah wajar mengadakan aktiviti-aktiviti yang sesuai bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan di negara kita.

    Kegiatan pertama yang boleh dijalankan di sekolah adalah dengan mengadakan persembahan pentas. Hal ini kerana murid-murid mempunyai bakat terpendam yang boleh ditonjolkan semasa aktiviti ini berlangsung. Sementara itu , semua warga sekolah akan berkumpul di dalam dewan untuk meraikan sambutan itu. Aktiviti ini boleh dilaksanakan dengan mengadakan persembahan yang terdiri daripada berbilang kaum. Antara persembahan pentas yang boleh dipersembahkan ialah nyanyian lagu kebangsaan , sketsa  atau drama , tarian klasik kaum masing-masing dan lakonan semula sambutan kemerdekaan 1957. Sebagai kesannya , semua warga sekolah dapat menghayati erti kemerdekaan dalam erti kata yang sebenarnya. Peribahasa Melayu yang menyatakan bahawa biar putih tulang , jangan putih mata dapat disemai dalam diri semua warga sekolah. Berdasarkan hujah yang dinyatakan ini , sudah terang lagi bersuluh bahawa persembahan pentas merupakan salah satu aktiviti yang sesuai diadakan sempena sambutan hari kebangsaan di sekolah.
                 
    Kegiatan kedua yang sesuai diadakan di sekolah ialah pertandingan melukis poster. Hal ini begitu kerana aktiviti ini boleh disertai oleh semua pelajar tanpa mengira kaum. Seni dan kreativiti tinggi dalam lukisan dapat diterjemahkan dalam menghasilkan potret tokoh kemerdekaan negara. Dengan demikian , mana-mana potret yang sudah dinilai juga boleh ditampalkan pada papan kenyataan sekolah untuk tatapan umum. Sementara itu , pertandingan ini boleh dilaksanakan dengan menawarkan hadiah yang lumayan kepada pemenang. Peribahasa gajah mati meninggalkan tulang , manusia mati meninggalkan nama akan terpahat dalam sanubari warga sekolah. Berdasarkan mauduk yang dihuraikan ini , jelaslah bahawa pertandingan melukis amat sesuai diadakan di sekolah sempena sambutan Hari Kebangsaan.

    Kegiatan seterusnya yang sesuai dianjurkan di sekolah bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan ialah aktiviti menghias kelas. Hal ini demikian kerana murid-murid masih berada dalam suasana sambutan Hari Kebangsaan dan jiwa mereka turut sama berkobar-kobar untuk menjayakan setiap aktiviti yang dijalankan. Aktiviti ini dapat dilaksanakan dengan pihak sekolah memberi modal kepada setiap kelas untuk membeli barang-barang hiasan , seperti bendera Malaysia dan bendera negeri. Murid-murid dapat menghias kelas dengan menampal potret tokoh kemerdekaan , menggantung bendera dan menampal sejarah kemerdekaan di suatu sudut kelas. Sebagai impaknya , aktiviti murni ini dapat menanam sikap kerjasama dan saling membantu dalam diri para pelajar seperti aur dengan tebing dan berat sama dipikul , ringan sama dijinjing. Berdasarkan kenyataan yang telah dihuraikan , nyatalah bahawa aktiviti menghias kelas merupakan aktiviti yang menarik dan wajar dilaksanakan di sekolah. 

    Tuntasnya , sambutan Hari Kebangsaan dijadikan aktiviti tahunan yang diberi suntikan dan nafas baru seiring dengan kemodenan negara. Dengan itu , pihak sekolah perlulah bekerjasama dengan ibu bapa ,  bagai aur dengan tebing agar segala aktiviti dapat berjalan dengan lancar. Jika pihak sekolah dan ibu bapa mengambil sikap seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing maka sambutan Hari Kebangsaan tidak akan diraikan oleh pelajar di sekolah dengan penuh penghayatan. Hakikatnya , semua warganegara haruslah berpegang kepada prinsip bersatu teguh bercerai roboh untuk mempertahankan kedaulatan negara kekal selama-lamanya.

Rujukan
#http://www.ideaberita.com/2016/07/contoh-karangan-sambutan-bulan-kemerdekaan.html
#https://www.scribd.com/doc/272839874/Aktiviti-Sambutan-Bulan-Kemerdekaan-Di-Sekolah
#buku contoh karangan SPM

                       Kempen benci dadah





CARA MENYAMBUT BULAN KEMERDEKAAN

SUBJEK : NILAI MASYARAKAT MALAYSIA                    Nama ahli kumpulan 1. FOONG KAR PENG 15DRM18F1001 2. LEONG WEI KEI       15...